Karbohidrat Kompleks

 

Karbohidrat terbahagi kepada 2 iaitu

  1. Karbohidrat Ringkas atau mempunyai Glycemic Index yang tinggi [Contohnya gula, nasi, kentang, roti biasa ]
  2. Karbohidrat Kompleks dan mempunyai Glycemic Index rendah. [Contohnya Oats, roti wholemeal, beras perang dll]

 

Mengikut kajian saintis, faktor utama masalah kegemukkan ialah terlebih pengambilan karbohidrat ringkas atau karbohidrat yang mempunyai Glycemic Index yang tinggi.

 

Glycemic Index ialah skala penukaran karbohidrat kepada glukosa iaitu gula dalam badan. Lebih cepat makanan tersebut bertukar menjadi glukosa, lebih tinggi Glycemic Indexnya.

 

Apabila anda memakan makanan seperti nasi dan gula yang banyak, makanan tersebut dengan mudah dan cepat bertukar menjadi glukosa dan kandungan gula dalam badan anda akan naik dengan mendadak. Badan akan mengeluarkan insulin untuk menyerap gula berlebihan tersebut. Kelebihan insulin menyebabkan tubuh mengeluarkan enzim untuk menyimpan lemak terutama pada waktu malam. Oleh sebab itu, pemakanan karbohidrat ringkas dan GI yang tinggi pada waktu malam adalah penyumbang utama kegemukkan mendadak.

 

Lebih banyak makanan yang GI tinggi , lebih tinggi insulin dikeluarkan dan akhirnya insulin tersebut menjadi kurang efektif, iaitu “insulin resistance” dan akhirnya anda menjadi seorang penghidap diabetes, di mana kandungan gula dalam badan anda tinggi.

 

Oleh itu anda perlu memilih karbohidrat yang kompleks dan mempunyai GI yang rendah. Makanan ini diserap perlahan oleh tubuh tanpa meningkatkan gula di dalam badan dengan mendadak.

 

Untuk endormorph dan mereka yang sensitif dengan karbohidrat,  adalah dilarang sama sekali memakan karbohidrat ringkas dan GI tinggi sekurang kurangnya 4-5 jam sebelum tidur. Sekiranya anda lapar, makanlah salad sayur-sayuran dan protein seperti putih telur. Malah mengikut kajian, mereka yang memakan sedikit lemak seperti Omega 3 dan Omega 6 atau Flaxseed Oil sebelum tidur dapat menurunkan lemak badan dengan lebih efektif dari mereka yang langsung tidak memakan lemak!

 

Disiplin pemakanan pada waktu malam adalah begitu penting sekali. Anda boleh berdiet sepanjang hari, tetapi sekiranya anda mengambil karbohidrat ringkas atau yang GI tinggi pada waktu malam, anda masih akan menambah lemak badan!

 

Makanan yang berfiber tinggi, berkalori negatif dan mengenyangkan.

 

Adalah satu kemestian untuk anda dalam melawan rasa lapar apabila anda mengurangkan kalori untuk memakan makanan berserat tinggi.  Serat adalah bahagian tumbuhan yang tidak boleh diserap oleh badan dan menyebabkan rasa penuh dalam perut [kenyang] tetapi  tidak mempunyai kalori yang diserap.

 

Adalah penting sewaktu kita berdiet, makanan tidak berkumpul dengan lama di dalam usus kerana semakin lama terkumpul semakin banyak serapan dan toxin yang terhasil. Anda mesti membuang air setiap hari untuk diet anda berkesan, dan supaya badan tidak terus menyerap makanan yang tersimpan dalam usus.

 

Sememangnya ramai orang yang berdiet menghadapi masalah membuang air besar dan kecil. Pengambilan makanan berserat dan air yang banyak amat penting untuk terus menyahkan kumbuhan dan toksin dalam badan. Makanan yang berserat tinggi bukan sahaja dapat mengurangkan rasa lapar tetapi mempercepatkan pergerakan makanan dalam usus, membantu proses penghadaman dan juga sebagai pencuci usus.

 

Sesetengah makanan yang berserat tinggi juga mempunyai kalori negatif, iaitu tenaga yang digunakan untuk menghadam makanan ini melebihi tenaga yang didapati dari makanan ini, contohnya timun. Jadi lebih banyak anda memakan makanan seperti ini semakin bertambah kurang lemak anda! Berikut adalah senarai sayuran berkalori negatif:

 

Asparagus

Beet Root

Broccoli

Cabbage

Carrot

Cauliflower

Celery Chicory

Hot Chili

Cucumber

 

Garden cress

Garlic

Green Beans

 Lettuce

Onion

Radish

Spinach

Turnip

Zucchini

 

 

Contoh makanan yang baik dan buruk:

 


Makanan yang Elok

Makanan yang perlu dielakkan

Quaker Oat

Nasi [Beras Putih]

Sup Ayam kurang berlemak

Kurma Ayam

Timun dan Tomato

Pisang

Ikan dalam sos tomato

Ikan goreng

Nasi (Beras Perang/Brown Rice)

Aiskrim dan Donat

 

Rahsia meningkatkan metabolisme.

Setelah anda mengetahui makanan yang perlu dimakan dan makanan yang perlu dielakkan, kini tiba masanya anda memaksimakan pembakaran makanan yang dimakan iaitu memaksimakan metabolisme anda.

Caranya mudah sahaja, iaitu dengan memakan 5 kali sehari! Setiap kali makan, metabolism anda akan naik dengan mendadak .

Tetapi bukankah memakan 5 kali sehari akan menyebabkan anda menjadi gemuk?

Jawapannya tidak. Sekiranya anda memakan mengikut kalori keperluan harian anda sedikit setiap kali hingga 5 kali.

Sebagai contoh, kalori keperluan anda ialah 1500 sehari. Apa yang anda perlu lakukan ialah memakan makanan yang mempunyai 300 kalori 5 kali sehari.

Metabolisme harian anda pasti meningkat dengan lebih banyak berbanding sekiranya anda memakan makanan yang mempunyai 500 kalori 3 kali sehari.

Oleh itu makan 5 kali sehari tetapi sedikit demi sedikit ! Sekiranya anda ikut diet yang kami syorkan, anda akan sentiasa memakan dan penuh kekenyangan tanpa kelaparan dan masih kehilangan lemak!


Cart  

No products

Shipping $0.00
Total $0.00

Check out

Weight Loss Articles

No RSS feed added

PayPal